Laksa memang sedap. Tapi tak boleh masuk
cili, HOTTTT......HOT.
Telur rebus tak apa.
Mesti makan sendiri, tak boleh bagi abang suap.
Baru ada umphhhh...
Sehingga menjilat tapak tangan.
Ini weblog Syafiq Alif. Alif336 adalah Blog bagi memaparkan aktiviti mingguan saya. Belajar, bersekolah, berbasikal, bermain bola, tengok tv dan main game. Yang paling penting mengaji Quran. Apa yang penting??? kerjaaaaa samaaaaa. Oooooo kerja sekolah pun kena buat juga.
Wednesday, 26 December 2012
Thursday, 13 December 2012
Monday, 10 December 2012
Sedim 11
Tree Top Walk
Melepak atas batu.
Syok nye...
Aliaa belajar berenang dah, sambil korek pasir.
Abang asyik buat terjunan ala Kung Fu.
Friday, 16 November 2012
Berkelah di Hutan Lipur Sungai Sedim
Sempena cuti sekolah, kami mengambil peluang untuk bersantai
di tempat perkelahan hutan lipur sungai Sedim.
Terletak di kawasan hutan simpan antara Kedah dan Perak
melalui lebuh raya BKE menuju ke Sungai Kob Daerah Kulim.
Dari Sungai Kob mengambil masa lebih kurang 30 minit menuju ke Mahang.
Inilah tempatnya.
Siap ada Jambatan Gantung lagi, Tree Top Walk.
Kat tepi air terjun, boleh main binaan istana pair......
Macam kat pantai pulak.
Boleh bertandang lagi lain kali.....

Sunday, 4 November 2012
Pertandingan Bunyi Burung di Machang
Syok nye di Kelantan.....
Pagi Ahad, Raya Aidiladha ketiga dah bermula pertandingan suara burung.
Tempat: Medan Letak Kerete, Restoran Nasi Kerabu
Simpang Empat Machang Pasir Puteh
Pukul 10 pagi.
Bayaran masuk: RM 15
Pemenang pertama: Mesin Basuh
Pemenang kedua: Basikal
Pemenang ketiga: Kipas Angin.
Sambil tengok burung, sambil menjamu selera.
Nasi Campur, Ikan Patin masak pedas, Ikan bakar cecah BUDU,
Singgam ikan Kayu, dan Keli goreng.
Enak nya....
Tapi jalan jem kat dua km.....