I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 25 January 2010

Koleksi Lukisan Alif - Alif's Painting Collection

Buat semua Peminat Alif,
"High Value Painting for Sale"




Wah ramainya peminat Alif kat luar sana. Sampai tak
larat Alif nak kira. Semalam Alif pi ronda kat taman
dan "Jalan-jalan Berbasikal", semua nya nak join
dan berderet ikut belakang. Ada yang naik basikal
siap berbonceng kat belakang kawan, ada yang berdiri kat stand
roda belakang, ada yang siap panjat kat handle basikal
kawan dai orang, sampai tayar pun pancit, ada yang
tak larat kayuh tertinggal jauh sambil menjerit
suruh Alif tunggu.

OK, kali ni Alif nak buat Pameran Galeri Lukisan
Alif. Ini adalah koleksi lukisan yang cantik-cantik
dan mahal.
"High Value Painting Collection and Gallery".





Harga yang di tender adalah Euro $10 per painting.
Sapa-sapa yang minat seni dan berseni tu, silalah
masuk tender. Mana-mana yang beli dan order lukisan
ni baru lah boleh di "title" kan berjiwa SENI.

Sekian dari Koleksi Peribadi Alif.
Salam Ceria.

Thursday 21 January 2010

Alif dengan Aktiviti Sukan dan Riadah

Alif suka bersukan. Main bola, jogging,
naik basikal, mancing, ronda-ronda dan lainnya.

Tiap-tiap petang main bola ngan kawan kat padang.
Tempat nya kecik je pasal padang besar, orang dewasa
yang main. Kita orang tak berani nak campur lah.





Naik basikal pun tiap-tiap hari tapi ronda dekat-dekat
je pasal abah marah. Ada kawan lain join kelab basikal.
Tak pe lah dia orang ada basikal racing. Rega pulak
beribu. Abah beli yang dua ratus aje, tak boleh nak
cheleng depa lah.






Alif suka campur ngan geng-geng sukan ni nak bagi
badan sihat. Tak mau jadi gemuk nanti tak hensem.
Tengok foto tu, ok tak?
Boleh tahan lah kannnn.....

Thursday 14 January 2010

Alif kat umah Tok Bapak masa Raya Korban

Ni nak tulis kesah masa raya korban yang lalu.
Alif balik kat umah Tok Bapak Alif kat Pulau.




Tok Bapak Alif wat korban sampai 7 ekor lembu.
Bukan yang Tok Bapak semuanya, sebahagian aje.
Tapi pasal Tok Bapak yang uruskan untuk orang
kampung yang lain, Alif kira Tok Bapak punya korban lah.

Pagi-pagi tu, abah Alif aje yang pegi tengok. Lepas tu
dia ajak Alif ngan sepupu yang lain join sama. Ma pun
nak join sama. Kami pun piiii lahaa.

Alif tengok lembu-lembu tu ok je, tak takut pun depa
kena sembelih. Steady je. Cuma Nana ngan Adelia je
yang takut. Lagi pun tak tahan dengan baunya yang busuk.




Seronok sungguh tengok orang ramai-ramia kat situ.
Tapi Alif tak masuk dekat lah masa dia orang sembelih tu.
Takut kena tendang kat lembu.

Kami dapat banyak daging. Aksi yang paling seronok
ialah masa tengok abah belah perut lembu.
Punya lah kuat bau taik dia. Boleh muntah dibuatnya.
Abah amik perut kitab nak proses.
Dua jam gak lah abah proses, baru boleh masak.
Tapi Alif tak makan. Tak selera lah.

Monday 11 January 2010

Pelumba baru Litar F1 Sepang

Kawan semua,

Alif tahu kesemua antara kita mempunyai cita-cita tinggi.
Setiap orang ada terpahat di hati samada nak jadi doktor ke,
nak jadi jurutera ke, nak jadi cig gu ke, nak jadi lawyer ke,
ada yang nak jadi peniaga.
Setengah tu nak jadi pemain bola sepak.

Alif ni nak jadi apa ye.....



Ini eksen jee. Bergaya dan perasan macam derebar F1.
Masa ni kami pi makan sate Kajang.
Keta klasik ni dia orang tayang kat situ. Main kayuh
ngan kaki je macam keta zaman dulu.
Skuter lama macam Vespa pun ada.

Nanti dah besar Alif akan cuba pi kat Litar Sepang.
Mungkin ada harapan naik F1 Petronas tu.
Baru real!!!

bye..
Alif336

Friday 8 January 2010

Mini Zoo kat Pokok Sena

Kenkawan,
Ni foto yang Alif amik masa pi Mini Zoo ni.
Dekat je ngan rumah kami. Ikut jalan Pongsu
Seribu. Selepas Sekolah Agama Arshad tu,
belok lah kiri.



Lepas tu belok kanan dalam 100 meter je.
Boleh lah tengok binatang cute ni.

Nanti jumpa lagi kat blog saya "My Life Full of FUN"
Banyak lagi yang akan ALIF336 update dari masa ke semasa.

Selamat Belajar. Jangan lupa siapkan kerja sekolah dulu.
Lepas tu baru tengok aksi BEN 10.

Thursday 7 January 2010

Ini blog saya. Jom lah mai tengok - http://alif336.blogspot.com


Assalamualaikum kenkawan semua,


SELAMAT TAHUN BARU 2010.

Saya dah ada blog.
Baru nak mula. Tajuk nya "My Life Full of FUN".
Link:-
http://alif336.blogspot.com

Kalau nak antar email:-
alif336@gmail.com

Kat atas tu photo saya yang terbaru.
Masa kami pi KL dan Shah Alam.
Moto tu moto pinjam je.

Tujuan blog ni adalah nak masuk aktiviti sepanjang
tahun baru dan persekolahan baru.
Tambah lagi dengan program yang saya buat
dan telah buat sepanjang masa.

OK dulu, nanti Syafiq fikir dulu...
Selamat belajar kat kelas baru.
Jom lah lawat ALIF336 weblog.


Jangan lupa bookmark blog ni......
http://alif336.blogspot.com.
My life full of FUN.