I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 21 March 2011

Trip ke Pulau Betong, Balik Pulau

Alif pi melawat Balik Pulau di hujug minggu.
Mencari lokasi Akuarium tapi tak jumpa.
Pusing punya pusing, terlepas ke Pulau Betong.
Cantik tempat nye, syurga kaki Pancing
kata Tok Bapak.
Jalan terus ke penghujung, jalan mati
kat Pantai Kem Bina Negara.

- Foto Di pantai Kem Bina Negara, Balik Pulau.



Pulau Rimau hanya beberapa meter dari Pulau Betong.
Kat sini lah selalunya orang naik sampan pi
pancing ikan kerapu. Dari atas bukit Pulau
Betong, air laut sekitar Pulau Rimau agak dalam.

Pertengahan jalan, jumpa tempat Laksa
yang sedap, famous kat Balik Pulau ni.
Tapi hanya di buka pukul 3.30 ke 7 petang.
Terpaksa lah merayau dulu.


- Foto Alia, abah dan Tok Bapak.

Pusing-pusing ke Pekan dan pi beli
jeruk Buah Pala dan Asam. Lepas
tu dah tak tahan perut kosong kami
singgah dulu pekena Nasi Kandar.

- Foto kat Nasi Kandar di Pondok Upeh.




Tak larat nak tunggu Restoran Laksa di buka,
atau mungkin juga tutup pasak musim kenduri,kami
melencung ke Batu Maung. Mencari tempat
Pameran Akuarium.
Masuk ke Jabatan Pertanian Batu Maung tapi hampa.
Hanya ada Restoran Makanan Laut Batu Maung.
Ekpedisi kami tak berjaya kerana tempat yang
kami tuju tidak ada.

Akhir sekali, kami terus pulang.

Wednesday 2 March 2011

Photo di dalam GUA dan di Gua Musang

Kat bawah ni photo Syafiq masuk dalam GUA.
Cantik di dalam nya, walaupun agak teruk
memanjat bukit dan terpaksa mendaki batu
batu tajam.








Kat bawah ni semasa di ladang Ayah Cik.
Lebuh Raya Gua Musang - KL kat tepi je.
Di sini buah salak pun ada tau!!!!