I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 5 October 2010

Happy Birthday Shasha

Birthday Party for Shasha.
Her family come back from Amsterdam
to celebrate RAYA and arrange for her
special Birthday Party in Mc Donald.








Happy Birthday from Syafiq Alif.

Saturday, 2 October 2010

Padang Serai Kedah

Syafiq Alif jalan-jalan ke Padang Serai.
Lama tak pekena ABC kat sini.
Mama suka makan laksa. Katanya Laksa Padang
Serai ni special dan sedap. Ala Laksa Penang jugak.



Masa ni kami pi beli barang dapur. Ada pasar sehari kat
Padang Serai setiap hari Ahad. Awal-awal pagi lagi pasar
ni dah dibuka. kalau pi tengah hari pun masih ada lagi.



Sapa-sapa yang tak pernah tengok ikan puyu, ikan haruan
dan ikan kei, boleh mai kat sini. Banyak "ikan darat" ada
dijual di sini. Kalau yang tak reti nak pesiang ikan tu, penjual
boleh tolong siapkan sekali. Balik nanti hanya basuh dan
terus masak aje.



Monday, 30 August 2010

Bunga api bersama Uncle Reza

Malam tadi selepas berbuka kat rumah Tok Bapak,
Uncle Reza buka selonggok bungkusan bunga api
untuk kami. Apa lagi semua orang melompat seronok.
Siang nya memang Alif demam panas, tapi dah kurang selepas
makan ubat. Dah dapat bunga api ni, terus sihat.



Adris yang paling seronok gila. Berlari sana-sini dengan
mercun katak, baling merata-rata sambil pijak dengan kaki.
Meletup-letup di buat nya.



Kami main kat tempat porch keta, tapi selepas kena
marah, kami pun main kat luar pagar.
Bahaya pasal dekat  sangat dengan keta.

ALif dah berani pakai lighter sendiri.
Walaupun asyik terbakar tangan, dah tak kesah.
Terbakar sikit aje masa angin tiup. Tapi tak lah sampai
melecur jari. Nana dan Adelia tak berapa berani nak
pegang sendiri bunga api. Dia orang main mercun baling
aje. Tu pun baling jauh-jauh. Tapi lepas Alif cucuh
bagi menyala, dia orang pun pegang kat hujung
dan tala jauh-jauh.



Malam tadi yang paling Alif suka ialah mercun yang
berpusing- pusing tu. Yang meletup lima nam kali pun
ada jugak lah. Mercun ni bunyi pelahan aje dan lebih
kurang bunga api jugak. Tak ada lah bahaya pun.....
Ini untuk kanak-kanak saje.
Uncle Pendi pun join kami jugak.

Malam tu ALif balik umah dah dekat jam 11.
Singgah pulak kedai mamak, makan roti tisu dulu.
Lagi pun, kena makan ubat sebelum tidor, jadi
perut tak boleh kosong sangat. Selsema belum baik
dan hidung pun tersumbat.

OK, jumpa lagi dan selamat bersahur nanti.
Esok jangan lupa untuk berpuasa lagi.
Zasssssssssssssss....

Monday, 23 August 2010

ALiF dinNEr kat CHILI'S

Ini gambar ALif amik masa pi dinner kat Chili's.
Kami pi ramai betul kali ni. Semua sekali.





Kali ni Uncle Daniel yang nak belanja.
Tok Bapak ada, Tok mak ada, Chik Shima ada,
Uncle ada, Cik Nor ada dan Cik Na pun ada.

Tambah ramai lagi pasal geng-geng Alif pun ikut
sekali. Abang Iwan, Iman, Nana, Adelia, Adris,
dan Sasha.



Detik yang paling tak syok nye adalah masa
menunggu. Ramai sangat pelanggan masa tu,
terpaksa tunggu satu jam baru pelayan tu dapat
tempatkan kami semua.



Walau apa pun, makanan dia okay lah.
Minuman kami boleh tambah percuma.
Alif minum sampai 4 gelas pasal makanan
yang ditemph lambat sampai.

OK kalau nak cuba, sila lah ke
Gurney Drive. Naik ke Gurney Plaza
tu, banyak restoran kat situ. Chilis ni
kat tengah-tengah.
Bye-bye.

Tuesday, 8 June 2010

Bersama Alif di Kuala Terengganu

Yeeeeeee...... cuti sekolah dah bermula.

Kali ni Alif bercuti di Kuala Terengganu.
Nak tahu apa yang ada kat sini?
Ikuti lah cerita Alif semasa berada di Negeri Penyu ini.

Mula-mula tiba kat Negeri Teganu kito ni,  mesti isi perut dulu.
Masuk je Besut, anda akan jumpa dengan Roti Tempayan.



Lepas perut kenyang, jangan lupa ronda kat tepi pantai.

Pantai Batu Buruk.
Macam-macam ada kat sini.










Habis jalan-jalan kat pantai, jangan lepas peluang mandi laut.
Seronok mandi laut dan kejar ombak.
Tapi mesti berhati-hati pasal ombak kat sini sangat kuat.

Esoknya,pagi-pagi Alif melawat Pasar Payang.
Di sini banyak barang-barang buatan Terengganu ada dijual.
Kain batik, keropok losong, telur penyu, kueh-mueh, ketupat,
ikan masak tepung, ikan kering, budu, pencecah, otak-otak
dan macam-macam yang Alif tak tahu namanya.


Kat gerai makan Batu Buruk pulak, macam-macam masakan pelik ada di hidangkan.
Bentuknya pun sangat menarik.

Oh ya, berhadapan dengan Pasar Payang tu, ada satu bangunan unik dan cantik
sekali. Foto kat bawah ni.

Ini adalah bangunan khas untuk produk-produk batik.