I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 30 August 2010

Bunga api bersama Uncle Reza

Malam tadi selepas berbuka kat rumah Tok Bapak,
Uncle Reza buka selonggok bungkusan bunga api
untuk kami. Apa lagi semua orang melompat seronok.
Siang nya memang Alif demam panas, tapi dah kurang selepas
makan ubat. Dah dapat bunga api ni, terus sihat.



Adris yang paling seronok gila. Berlari sana-sini dengan
mercun katak, baling merata-rata sambil pijak dengan kaki.
Meletup-letup di buat nya.



Kami main kat tempat porch keta, tapi selepas kena
marah, kami pun main kat luar pagar.
Bahaya pasal dekat  sangat dengan keta.

ALif dah berani pakai lighter sendiri.
Walaupun asyik terbakar tangan, dah tak kesah.
Terbakar sikit aje masa angin tiup. Tapi tak lah sampai
melecur jari. Nana dan Adelia tak berapa berani nak
pegang sendiri bunga api. Dia orang main mercun baling
aje. Tu pun baling jauh-jauh. Tapi lepas Alif cucuh
bagi menyala, dia orang pun pegang kat hujung
dan tala jauh-jauh.



Malam tadi yang paling Alif suka ialah mercun yang
berpusing- pusing tu. Yang meletup lima nam kali pun
ada jugak lah. Mercun ni bunyi pelahan aje dan lebih
kurang bunga api jugak. Tak ada lah bahaya pun.....
Ini untuk kanak-kanak saje.
Uncle Pendi pun join kami jugak.

Malam tu ALif balik umah dah dekat jam 11.
Singgah pulak kedai mamak, makan roti tisu dulu.
Lagi pun, kena makan ubat sebelum tidor, jadi
perut tak boleh kosong sangat. Selsema belum baik
dan hidung pun tersumbat.

OK, jumpa lagi dan selamat bersahur nanti.
Esok jangan lupa untuk berpuasa lagi.
Zasssssssssssssss....

Monday, 23 August 2010

ALiF dinNEr kat CHILI'S

Ini gambar ALif amik masa pi dinner kat Chili's.
Kami pi ramai betul kali ni. Semua sekali.





Kali ni Uncle Daniel yang nak belanja.
Tok Bapak ada, Tok mak ada, Chik Shima ada,
Uncle ada, Cik Nor ada dan Cik Na pun ada.

Tambah ramai lagi pasal geng-geng Alif pun ikut
sekali. Abang Iwan, Iman, Nana, Adelia, Adris,
dan Sasha.



Detik yang paling tak syok nye adalah masa
menunggu. Ramai sangat pelanggan masa tu,
terpaksa tunggu satu jam baru pelayan tu dapat
tempatkan kami semua.



Walau apa pun, makanan dia okay lah.
Minuman kami boleh tambah percuma.
Alif minum sampai 4 gelas pasal makanan
yang ditemph lambat sampai.

OK kalau nak cuba, sila lah ke
Gurney Drive. Naik ke Gurney Plaza
tu, banyak restoran kat situ. Chilis ni
kat tengah-tengah.
Bye-bye.

Tuesday, 8 June 2010

Bersama Alif di Kuala Terengganu

Yeeeeeee...... cuti sekolah dah bermula.

Kali ni Alif bercuti di Kuala Terengganu.
Nak tahu apa yang ada kat sini?
Ikuti lah cerita Alif semasa berada di Negeri Penyu ini.

Mula-mula tiba kat Negeri Teganu kito ni,  mesti isi perut dulu.
Masuk je Besut, anda akan jumpa dengan Roti Tempayan.



Lepas perut kenyang, jangan lupa ronda kat tepi pantai.

Pantai Batu Buruk.
Macam-macam ada kat sini.










Habis jalan-jalan kat pantai, jangan lepas peluang mandi laut.
Seronok mandi laut dan kejar ombak.
Tapi mesti berhati-hati pasal ombak kat sini sangat kuat.

Esoknya,pagi-pagi Alif melawat Pasar Payang.
Di sini banyak barang-barang buatan Terengganu ada dijual.
Kain batik, keropok losong, telur penyu, kueh-mueh, ketupat,
ikan masak tepung, ikan kering, budu, pencecah, otak-otak
dan macam-macam yang Alif tak tahu namanya.


Kat gerai makan Batu Buruk pulak, macam-macam masakan pelik ada di hidangkan.
Bentuknya pun sangat menarik.

Oh ya, berhadapan dengan Pasar Payang tu, ada satu bangunan unik dan cantik
sekali. Foto kat bawah ni.

Ini adalah bangunan khas untuk produk-produk batik.

Monday, 19 April 2010

Cycling keliling ladang sawit Bertam

Bagi menghilangkan rasa boring hujung minggu,
Alif telah menggunakan masa lebih 2 jam dengan
mengayuh basikal ala "country side cycling".


Alif keluar rumah pukul 3 petang.
Cuaca agak panas.
Dengan berbekalkan sebotol besar air mineral, Alif
pun tekadkan hati untuk meredah trek yang mungkin
agak mencabar.
Mula-mula ikut jalan-jalan kawasan rumah murah yang berliku-liku
dan keluar ke jalan utama. Kenderaan lain tidak lah banyak
sangat dan kurang berbahaya.
Selepas satu km, Alif pun tiba ke kawasan ladang sawit.

Menggunakan laluan sungai, Alif terpaksa melalui jalan yang
berbatu dan berpasir sejauh lima km.



Di pertengahan jalan tepi sungai, Alif jatuh tersungkur tiga empat
kali kerana tergelincir. Batu-batu kasar tidak dapat dielakkan
dan tayar basikal tidak seimbang menyebabkan terjatuh.



Ada kalanya, semasa menuruni bukit, brek basikal seakan
tidak berfungsi kerana batu pasir yang licin.
Adalah luka-luka kecil tapi tak lah teruk sangat.
Disebabkan cuaca agak panas, bekalan air hanya bertahan satu
jam lebih saja. Hampir pukul lima, Alif menggunakan jalan
pintas bagi mencepatkan perjalanan.
Sungguh pun aktiviti ini amat memenatkan, tapi rasanya amat puas
dan dapat menghirup udara segar.Angin petang yang sejuk juga telah
memberi kelegaan dan mengurangkan kepenatan.

Malamnya Alif tidur awal kerana keletihan.

Monday, 5 April 2010

Bermain di Ladang Teh Bharat, Cameron Highland

Wah, sejuk betul di sini. Keluar aje dari kereta,
menggigil kesejukkan satu badan.


Inilah suasana di sekitar Ladang Teh Cameron Highland.
Bagi yang tak tau tempatnya, Cameron Highland ni letak nya
di Semenanjung Malaysia.
Kawasan sempadan antara Negeri Pahang dan Selangor.
Nak datang sini, paling senang ikut Lebuh raya Utara Selatan
PLUS, dan keluar dari tol Tapah.

Dari situ, naik lah ke atas ikut jalan berbukit dan berliku-liku
tu. Dalam dua jam lebih sampai lah kot...



OK, dah sampai kan.
Jangan lupa singgah dulu kat Bharat Plantations Shop ni.
Kita kena minum Teh Panas dulu untuk memanaskan
badan. Lepas tu baru boleh pi jalan-jalan tengok
tempat lain.
Naik lah kat atas lagi. Bolej jumpa bazar yang jual buah,
sayuran dan bunga-bunga.
Ada strawberi, ada limau, ada carot, ada tomato,
ada jagung, ada macam2lah.

Boleh melawat ke Strawberry Farm, Butterfly Garden, Kea Farm,
Tanah Rata Night Market, Brinchang, Kampung Raja, Rose Garden,
BOH Tea, dan lain-lain lagi.

Yang penting, poket tu kena tebal.....

Selamat Bercuti.