I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 29 July 2011

Syafiq Alif dan Alyaa, Bersama Kambing Boer untuk Akeqah dan Doa Selamat

Kami ke tempat ternakan Lembu dan kambing untuk
membeli kambing buat kenduri di Tasek Gelugor.

Sempena dengan Majlis Akeqah, doa selamat dan Tahlil
yang akan di buat di Bertam Perdana.








Tuesday, 19 July 2011

Shopping Raya at KL

Dah nak masuk Ramadhan minggu depan.
Minggu lepas kami buat persiapan awal
untuk Raya.

Ronda-ronda ke KL sambil shopping RAYA.
Nasib baik BERSIH 2 dah selesai.
Tapi kesan nya masih ada di Dataran Merdeka.

Wahh... ada SALE kat SOGO.
Sampai 70% diskaun.
Alif beli kasut BRANDED, made in England.





Monday, 13 June 2011

Adek KU Alyaa, dah pandai bawa keta.

Hebat sungguh adek aku ni...
Tengok lah dia bawa keta.
Siap gigit stereng lagi.





Ni dah penat, kena minum dulu......

Friday, 3 June 2011

Tuesday, 19 April 2011

Berenang di Bukit Merah LakeTown Resort

Bersama Baby Alia di Bukit Merah LakeTown Resort.
Main air, gelongsor, water diving dan berenang.
Satu hari pun tak cukup puas.









Monday, 21 March 2011

Trip ke Pulau Betong, Balik Pulau

Alif pi melawat Balik Pulau di hujug minggu.
Mencari lokasi Akuarium tapi tak jumpa.
Pusing punya pusing, terlepas ke Pulau Betong.
Cantik tempat nye, syurga kaki Pancing
kata Tok Bapak.
Jalan terus ke penghujung, jalan mati
kat Pantai Kem Bina Negara.

- Foto Di pantai Kem Bina Negara, Balik Pulau.



Pulau Rimau hanya beberapa meter dari Pulau Betong.
Kat sini lah selalunya orang naik sampan pi
pancing ikan kerapu. Dari atas bukit Pulau
Betong, air laut sekitar Pulau Rimau agak dalam.

Pertengahan jalan, jumpa tempat Laksa
yang sedap, famous kat Balik Pulau ni.
Tapi hanya di buka pukul 3.30 ke 7 petang.
Terpaksa lah merayau dulu.


- Foto Alia, abah dan Tok Bapak.

Pusing-pusing ke Pekan dan pi beli
jeruk Buah Pala dan Asam. Lepas
tu dah tak tahan perut kosong kami
singgah dulu pekena Nasi Kandar.

- Foto kat Nasi Kandar di Pondok Upeh.




Tak larat nak tunggu Restoran Laksa di buka,
atau mungkin juga tutup pasak musim kenduri,kami
melencung ke Batu Maung. Mencari tempat
Pameran Akuarium.
Masuk ke Jabatan Pertanian Batu Maung tapi hampa.
Hanya ada Restoran Makanan Laut Batu Maung.
Ekpedisi kami tak berjaya kerana tempat yang
kami tuju tidak ada.

Akhir sekali, kami terus pulang.