I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 29 March 2010

Alif sembelih AYAM di Gua Musang


Nak tengok foto Alif kat Gua Musang.
Ni haaa ada kat bawah ni lahhhh....

Yang Alif pegang tu, burung puyuh yang Ayah Chik ternak.
Rumah Ayah Chik kat Ciku 2, Gua Musang.




Ayah Chik ada burung puyuh, ayam hutan, ayam laga,
dan kolam ikan Pirana pun ada. Tapi kolam dah kering.

Kat bawah lagi tu di rumah Ayah Ngah.
Rumah Ayah Ngah di Renok Satu.
Macam-macam Ayah Ngah bela. Itik, ayam kampung,
ikan keli, dan kebun buahan pun ada.
Durian, salak, rambutan, langsat dan banyak lagi.



Banyak aktiviti yang Alif buat masa Alif pi rumah
Ayah Cik dan Ayah Ngah di Gua Musang.




 Dua foto sebelah atas ni, Alif ambik masa pi rumah Tok Ngah.
Rumah Tok Ngah ni tak jauh dari rumah Ayah Chik.
Nama tempatnya Paloh Dua.
Masa kami sampai, dia orang tengah sibuk nak buat kenduri.
Baru je habis sembelih lembu dan dalam proses nak memasak.

Lagi satu tu foto masa Alif lepak kat gerai minum di kampung tu.
Sempat juga Alif makan nasi "belauk" Kelantan.
Nasi kerabu dah abis.
Tapi OK jugak lah sebab ada sambal dan gulai lemak.

Yang Alif miss adalah "Ais Sirap Merah". Ala macam ABC
jugak tapi air gula dan sirap campur air batu mesin.
OK, jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment