I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 30 November 2010

Pementasan Drama di Dewan Milenium

Malam Penutup cuti sekolah, Syafiq mengambil bahagian
dalam Pementasan Drama di Dewan Milenium Kepala Batas.





Teater ni bertajuk Pengembaraan Simbad.
Syafik jadi Lanun dan tukang culik Tuan Puteri.
Dekat sebulan jugak lah kena berlatih.
Ada tiga babak dalam persembahan bersiri ini.




Persembahan kami bermula jam 8.30 malam.

Babak pertama, suasana di pulau selepas
berjaya mendapatkan Tuan Puteri dan merampas
Batu Permata.yang berharga dan mempunyai
KUASA SAKTI.

Babak kedua pula mengesahkan Tuan Puteri
kena sumpah menjadi ular. Sebahagain
darinya kumpulan nya menjadi kucing.
Masa ni lah suasana penuh "suspen"
dan menakutkan.
Siap dengan kabus putih memenuhi pentas.

Di bahagian terakhirnya kurang menarik pasal
dah kena tangkap oleh Raja.


-------- Ni lah Tuan Puteri.....

Hebat sungguh kami di MALAM ITU dengan
tepukan gemuruh dari penonton-penonton.
Sambutan di luar dugaan dan amat memberansangkan.

Pementasan ini berakhir hampir pukul 11.30
malam dengan dihadiri oleh ratusan peminat.
Acah je tu....
Sebenarnya kebanyakan hadirin adalah dari
ibubapa dan saudara-mara dia orang sempena
anugerah Ijazah Lulusan TADIKA.

Wassalam dari Syafiq Alif.

1 comment: