I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 29 March 2010

Alif sembelih AYAM di Gua Musang


Nak tengok foto Alif kat Gua Musang.
Ni haaa ada kat bawah ni lahhhh....

Yang Alif pegang tu, burung puyuh yang Ayah Chik ternak.
Rumah Ayah Chik kat Ciku 2, Gua Musang.




Ayah Chik ada burung puyuh, ayam hutan, ayam laga,
dan kolam ikan Pirana pun ada. Tapi kolam dah kering.

Kat bawah lagi tu di rumah Ayah Ngah.
Rumah Ayah Ngah di Renok Satu.
Macam-macam Ayah Ngah bela. Itik, ayam kampung,
ikan keli, dan kebun buahan pun ada.
Durian, salak, rambutan, langsat dan banyak lagi.



Banyak aktiviti yang Alif buat masa Alif pi rumah
Ayah Cik dan Ayah Ngah di Gua Musang.




 Dua foto sebelah atas ni, Alif ambik masa pi rumah Tok Ngah.
Rumah Tok Ngah ni tak jauh dari rumah Ayah Chik.
Nama tempatnya Paloh Dua.
Masa kami sampai, dia orang tengah sibuk nak buat kenduri.
Baru je habis sembelih lembu dan dalam proses nak memasak.

Lagi satu tu foto masa Alif lepak kat gerai minum di kampung tu.
Sempat juga Alif makan nasi "belauk" Kelantan.
Nasi kerabu dah abis.
Tapi OK jugak lah sebab ada sambal dan gulai lemak.

Yang Alif miss adalah "Ais Sirap Merah". Ala macam ABC
jugak tapi air gula dan sirap campur air batu mesin.
OK, jumpa lagi....

Tuesday, 9 March 2010

Alif kat kenduri KAWIN

Alif pi makan kenduri kawin baru ni.
Tempatnya kat Dewan Besar Bayan Baru.

Ni lah foto yang ALif ambik tu. Kenal tak????
Hebat oooo.... siap dengan pendekar sekali.
Majlis ni "GRAND" sungguh.
Bukan takat kompang je, siap ada program majlis ala zaman dulu-dulu.

Tapi kadang-kadang masuk juga lagu rock!!!!!


Dalam foto bawah ni pulak, kat tengah nya Mama ALif lah.
Yang lain-lain tu Alif punya mak menakan lah.



Ha....  ni pulak foto geng-geng yang kamcing dengan ALif.
Abang debab, Iman, Nana (tak nampak dalam foto) dan Adelia.


Foto Tok Mak dan Tok Bapak tak sempat ambik pasal dia orang tengah sibuk
dengan sedara-mara yang lain.
Sempat ambik foto Tok Nek ngan Cik Shima je.... (kat bawah ni).

Yang ni pulak Uncle Reza.....
Hansom kannnnn.....

Ahhhh, ada pun foto Tok Bapak dan abah Alif..
Ok dah siap semuanye ada kat majlis kenduri ni.
Tok Mak masih sibuk lagi, jadi tak sempat nak bergambar.



Alif makan banyak sungguh kali ni. Masakan nya semua sedap.
Siap dengan bubur, laksa, macam-macam jenis minuman,,,
ABC, teh tarik, kopi kau, orange jus, dan lain-lain.
Berbaloi betul.

Wednesday, 17 February 2010

Alif pi Kebun Bunga kat Penang Waterfall

Kali ni Alif amik foto kat Penang Waterfall.
Abah ajak Tok Bapak join sekali sama-sama ngan Nana
dan Adelia satu kok Mak tak ikut pasal tak larat.




Kami pi lewat sikit dan matahari dah agak panas.
Tapi ok lagi pasal pokok-pokok banyak dan atas
bukit manalah panas sangat.



Mula-mula kami naik keretapi, pusing satu bukit.
Boleh tengok macam-macam. Tak lah teruk bejalan
kaki. Tapi yang tak syok nya, abah kata tak glamourlah.

Habis tu kani pun berjalan kaki pulak.
Mula-mula panjat bukit, pi tempat air terjun.
Kemudian main lumba-lumba kat padang ngan
Nana dan Adelia.
Pas tu Tok Bapak ajak panjat bukit dan masuk hutan.
Best betul boleh masuk hutan dan redah bukit. Adalah
jugak sampai terjatuh. Kadang-kadang rasa gerun takut
terjumpa ular.

Kalau ada kawan-kawan yang tak pernah sampai, cuba
lah singgah sekali. Mesti dapat merasai kesegaran udara
yang nyaman dan pemandangan indah kaki bukit.
Dulu masa kecik-kecik, abah selalu bawa ke sini.

OK sambung lagi......

Monday, 25 January 2010

Koleksi Lukisan Alif - Alif's Painting Collection

Buat semua Peminat Alif,
"High Value Painting for Sale"




Wah ramainya peminat Alif kat luar sana. Sampai tak
larat Alif nak kira. Semalam Alif pi ronda kat taman
dan "Jalan-jalan Berbasikal", semua nya nak join
dan berderet ikut belakang. Ada yang naik basikal
siap berbonceng kat belakang kawan, ada yang berdiri kat stand
roda belakang, ada yang siap panjat kat handle basikal
kawan dai orang, sampai tayar pun pancit, ada yang
tak larat kayuh tertinggal jauh sambil menjerit
suruh Alif tunggu.

OK, kali ni Alif nak buat Pameran Galeri Lukisan
Alif. Ini adalah koleksi lukisan yang cantik-cantik
dan mahal.
"High Value Painting Collection and Gallery".





Harga yang di tender adalah Euro $10 per painting.
Sapa-sapa yang minat seni dan berseni tu, silalah
masuk tender. Mana-mana yang beli dan order lukisan
ni baru lah boleh di "title" kan berjiwa SENI.

Sekian dari Koleksi Peribadi Alif.
Salam Ceria.

Thursday, 21 January 2010

Alif dengan Aktiviti Sukan dan Riadah

Alif suka bersukan. Main bola, jogging,
naik basikal, mancing, ronda-ronda dan lainnya.

Tiap-tiap petang main bola ngan kawan kat padang.
Tempat nya kecik je pasal padang besar, orang dewasa
yang main. Kita orang tak berani nak campur lah.





Naik basikal pun tiap-tiap hari tapi ronda dekat-dekat
je pasal abah marah. Ada kawan lain join kelab basikal.
Tak pe lah dia orang ada basikal racing. Rega pulak
beribu. Abah beli yang dua ratus aje, tak boleh nak
cheleng depa lah.






Alif suka campur ngan geng-geng sukan ni nak bagi
badan sihat. Tak mau jadi gemuk nanti tak hensem.
Tengok foto tu, ok tak?
Boleh tahan lah kannnn.....

Thursday, 14 January 2010

Alif kat umah Tok Bapak masa Raya Korban

Ni nak tulis kesah masa raya korban yang lalu.
Alif balik kat umah Tok Bapak Alif kat Pulau.




Tok Bapak Alif wat korban sampai 7 ekor lembu.
Bukan yang Tok Bapak semuanya, sebahagian aje.
Tapi pasal Tok Bapak yang uruskan untuk orang
kampung yang lain, Alif kira Tok Bapak punya korban lah.

Pagi-pagi tu, abah Alif aje yang pegi tengok. Lepas tu
dia ajak Alif ngan sepupu yang lain join sama. Ma pun
nak join sama. Kami pun piiii lahaa.

Alif tengok lembu-lembu tu ok je, tak takut pun depa
kena sembelih. Steady je. Cuma Nana ngan Adelia je
yang takut. Lagi pun tak tahan dengan baunya yang busuk.




Seronok sungguh tengok orang ramai-ramia kat situ.
Tapi Alif tak masuk dekat lah masa dia orang sembelih tu.
Takut kena tendang kat lembu.

Kami dapat banyak daging. Aksi yang paling seronok
ialah masa tengok abah belah perut lembu.
Punya lah kuat bau taik dia. Boleh muntah dibuatnya.
Abah amik perut kitab nak proses.
Dua jam gak lah abah proses, baru boleh masak.
Tapi Alif tak makan. Tak selera lah.

Monday, 11 January 2010

Pelumba baru Litar F1 Sepang

Kawan semua,

Alif tahu kesemua antara kita mempunyai cita-cita tinggi.
Setiap orang ada terpahat di hati samada nak jadi doktor ke,
nak jadi jurutera ke, nak jadi cig gu ke, nak jadi lawyer ke,
ada yang nak jadi peniaga.
Setengah tu nak jadi pemain bola sepak.

Alif ni nak jadi apa ye.....



Ini eksen jee. Bergaya dan perasan macam derebar F1.
Masa ni kami pi makan sate Kajang.
Keta klasik ni dia orang tayang kat situ. Main kayuh
ngan kaki je macam keta zaman dulu.
Skuter lama macam Vespa pun ada.

Nanti dah besar Alif akan cuba pi kat Litar Sepang.
Mungkin ada harapan naik F1 Petronas tu.
Baru real!!!

bye..
Alif336