I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 14 February 2011

Shopping bersama Alya

Kami shopping barang dapur kat Supermarket.
Alya menggigil kesejukkan, tapi dia seronok betul.










Thursday, 10 February 2011

Menara Alor Star, Kedah





Mercu Tanda Bandar Alor Setar.


Si Comel ni pun datang sama.







 Jumpa lagi.
.

Friday, 7 January 2011

Two and half month Alyaa sleeping at Starbucks

Last weekend, we spent our day at Tanjung Bungah.
Having lunch by the beach, and enjoyed sight-seeing
along the coastal road.







My 2-half month little sister could not help
to stay awake under the cool breeze flowing
thru the window. Sleeping all the way until
we reached Starbucks for our evening tea.





Time passed by like a bullet speed to realise
that it was already late to stay on.
Then heading toward our home sweet home
to end our a day journey.

Thanks to God for the precious
moment accorded to us.
Till meet again soon.

Tuesday, 14 December 2010

Wednesday, 8 December 2010

Hujung Tahun 2010 - Sekolah Alif

Foto Alif ke Sekolah.
Dah sampai penghujung tahun.
Tahun depan 2011, ALif akan ke kelas baru.
Buku-buku tahun depan dah dapat.
Boleh lah Alif mentelaah lebih awal....






























Tuesday, 30 November 2010

Pementasan Drama di Dewan Milenium

Malam Penutup cuti sekolah, Syafiq mengambil bahagian
dalam Pementasan Drama di Dewan Milenium Kepala Batas.





Teater ni bertajuk Pengembaraan Simbad.
Syafik jadi Lanun dan tukang culik Tuan Puteri.
Dekat sebulan jugak lah kena berlatih.
Ada tiga babak dalam persembahan bersiri ini.




Persembahan kami bermula jam 8.30 malam.

Babak pertama, suasana di pulau selepas
berjaya mendapatkan Tuan Puteri dan merampas
Batu Permata.yang berharga dan mempunyai
KUASA SAKTI.

Babak kedua pula mengesahkan Tuan Puteri
kena sumpah menjadi ular. Sebahagain
darinya kumpulan nya menjadi kucing.
Masa ni lah suasana penuh "suspen"
dan menakutkan.
Siap dengan kabus putih memenuhi pentas.

Di bahagian terakhirnya kurang menarik pasal
dah kena tangkap oleh Raja.


-------- Ni lah Tuan Puteri.....

Hebat sungguh kami di MALAM ITU dengan
tepukan gemuruh dari penonton-penonton.
Sambutan di luar dugaan dan amat memberansangkan.

Pementasan ini berakhir hampir pukul 11.30
malam dengan dihadiri oleh ratusan peminat.
Acah je tu....
Sebenarnya kebanyakan hadirin adalah dari
ibubapa dan saudara-mara dia orang sempena
anugerah Ijazah Lulusan TADIKA.

Wassalam dari Syafiq Alif.

Monday, 22 November 2010

Nasi Tomato, gulai Kambing dan Lembu di Raya Korban

Alif pi tengok orang sembelih lembu dan kambing
masa raya korban. Dekat je, belakang rumah
kat tepi bendang. Pagi-pagi lagi dia orang
dah bersiap-siap. Satu ekor lembu dan satu
ekor kambing buat korban raya haji tahun ni.




Alif tak berani nak rapat masa dia orang
dok proses pasal takut lembu lompat.

Dia orang lapah ramai-ramai dan bahagikan
daging lembu buat sedekah. Banyak juga lah...
Bahagian kambing pulak, Uncle Salihin sorang
saja yang proses. Teruk jugak dia kerana pisau
dia kurang tajam.







Di bahagian masak pulak, ada lima enam orang
yang buat kerja termasuk abah. Abah tukang
basuh daging aje dan potong tulang.
Pak Cik Alias jadi tukang masak. Masa Nasi
Tomato, wangi betul baunya, membangkit selera.
Dua kawah untuk masak gulai. Satu untuk kambing
masak kurma dan satu lagi masak gulai lembu.

Lebih kurang pukul sebelas baru nasi masak.
Tapi lauk kambing belum siap lagi pasal dia orang
lambat potong tulang-tulang kambing.

Cuaca ari tu agak mendung dan kawasan
habis lecah dan becak kerana hujan lebat
malam tu. Nasib baik Pak Cik Yaakub
panggil lori bubuh pasir kat kawasan khemah.
Bila dah beres dan sambil menuggu gulai masak,
Alif dan abah balik rumah mandi dulu. Tak tahan
panas, berpeluh dan comot satu badan.

Pukul dua belas lebih baru kami pi makan.
Tetamu ramai sungguh. Orang kampung
dan tetamu dari Masjid Kepala Batas.
Dah kenyang, kami pun bersalaman dan beredar.

Selamat Hari Raya Korban.
Ada rezeki, tahun depan insyaAllah kami
akan buat korban pulak....
Wassalam dari Mohamad Syafiq Alif.